Latar belakang
pendidikan yang berbeza
Latar belakang
pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang
wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut
kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini
mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran
menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru
yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.
Sebelum
Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional,
wujud empat aliran pendidikan yang berlainan
iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan
india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza
yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang
memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia.
Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cubamemperkenalkan dasar-dasar
pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar
dilakukan.
Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh
pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu
mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung
(KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa
dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958
sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa
orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr.
Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang
tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul
Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan
dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti
Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum
Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan
Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA
telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti
Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan
raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi
kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu
keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah
institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR
sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun
itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga
keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.