Dasar
Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

ini dilakukan oleh British untuk
mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang
dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.
Masyarakat melayu terdiri dari petani dan
nelayan di kampung, masyarakat cina pula
telah mewarisi perniagaan secara turun temurun
dan tinggal di bandar manakala
masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan
tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik
yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal
dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi
antara kaum hanya terbatas di pejabat
dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara
kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
Suasana yang
seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi
terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk
mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak
seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan .
Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat
daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa
menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan
rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan
perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan.
Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun
1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang
berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya
peristiwa 13 Mei.
No comments:
Post a Comment