PAP telah secara
lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain
telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab
itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di
Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun
hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding
dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka
terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat
semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan
sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya
pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan
untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan
ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di
Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi
mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan
Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti
pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk
membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan
kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba
dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan
dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang
boleh membahayakan itu.
No comments:
Post a Comment