expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 27 January 2015

Peristiwa 13 Mei 1969 Jadi Pengajaran

Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam dalam sejarah Negara itu, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi.  Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.  Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN’ telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN.   Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat.  Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di  negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan. Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas. Kini aktivis chuvanis cina menafikan trajedi 13 Mei 1969 sebagai rusuhan kaum. Mereka menebarkan dakyah bahawa ianya adalah perancangan licik Tun Razak dan Dato' Harun. Kalangan orang melayu pula mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu  : 86 orang
Cina  : 342 orang
Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu. Rakyat negara ini perlu didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 supaya ia dapat dijadikan iktibar dalam memulihara perpaduan kaum. Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, ia bukannya bertujuan untuk menaikkan semangat perkauman tetapi bagi mengelak peristiwa yang sama berulang. Beliau menegaskan, bagi Perkasa, mana-mana kaum termasuk Melayu, Cina atau India yang mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah golongan antinasional. “Mengapa sekarang timbul isu ketuanan Melayu? Masing-masing sudah pandai bercakap, walaupun pembangkang, mereka tetap rakyat Malaysia. “Ini perbuatan yang kurang ajar dan tidak menghormati Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sejak negara merdeka pada 1957,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang disokong oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perihal ketuanan Melayu kerana disifatkan tidak adil untuk kaum lain. Dalam pada itu, Ameir berkata, sebagai balasan kepada orang Melayu dan pribumi yang memberikan kerakyatan begitu mudah kepada orang Cina dan India, Artikel 153 memperuntukkan hak pusaka yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. “Sikap mempertikaikan peruntukan perlembagaan adalah satu tindakan yang biadab dan tidak memahami undang-undang,” katanya. Beliau juga terus mempersoal pihak yang mempersoal ketuanan Melayu.“Apa yang kurang kepada orang-orang Cina dan India selama ini? Kalau masih rasa kekurangan, jangan salahkan orang Melayu.
“Lagi banyak soal ini disentuh, lagi banyak ia menusuk keresahan di kalangan orang-orang Melayu,” katanya. Sementara itu, Ameir yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis berkata, adalah amat susah untuk mentadbir tiga kaum sekiranya masing-masing hendak menunjukkan kehebatan sendiri.


“Oleh itu, hanya satu kaum sahaja yang seharusnya menjadi induk kepada ikatan tiga kaum dalam masyarakat majmuk iaitu pribumi Melayu.“Sekiranya kaum lain turut mahu menunjukkan kehebatan, maka gagasan 1Malaysia tidak akan tercapai,” katanya.

No comments:

Post a Comment