expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 27 January 2015

Strategi dan Usaha Membasmi Kemiskinan
Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar , program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan pembangunan tanah . Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar pertanian.

Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan menambah kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengairan, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pelajaran atau latihan, kemudahan kredit serta pemasaran dan subsidi pertanian seperti benih dan baja. Kerajaan juga melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru. Langkah seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang pertanian, perikanan dan penternakan. Selain itu kaedah penanaman dua kali setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut diperluaskan. Badan-badan berkanun yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA, RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar. Oleh sebab itu di bandar juga turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah, kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendeknya langkah menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk mengurangkan kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan didapati berjaya dalam usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100 pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah bewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekali pun ia masih di bawah garis kemiskinan namun ia telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat berdasarkan angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980.
Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua cuba menggariskan beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan tujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran di samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. MahathirMohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba memberi penekanan terhadap pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang Melayu secara lebih terbuka.

Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun masalah kemiskinan masih berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar dan golongan termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi pencapaian matlamat pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yang terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Tahun 1990 adalah tahun berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan perpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta dapat mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN juga merupakan satu langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah seperti berikut :
i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000isi rumah ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin;
ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;
iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan
iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.



Apabila diperbincangkan tentang perubahan dan kesan dasar ekonomi negara ditafsirkan sebagai ‘cara pengurusan’ dan ‘cara pengawalan’ sesebuah ekonomi dan sesebuah system ekonomi. Menurut Abdul Shukor Ariffin dan Hassan Ali (1982) menyatakan sesuatu dasar ekonomi Negara hanya dapat dilihat secara dedaktif iaitu tidak secara langsung. Bermulanya sejarah pengenalan kaum-kaum terbesar di Malaysia menerusi fungsi-fungsi ekonomi. Gejala inilah yang menjadi bibit-bibit pertelingkahan antara kaum. Pergolakan dasar ekonomi Negara dalam jangka masa (1957-1969) sebahagian besar dapat dicerminkan melalui Rancangan Malaya I, Rancangan Malaya II, dan Rancangan Malaysia I. Berbeza dengan Negara-negara dunia ketiga yang mencapai kemerdekaan mereka secara revolusi sedangkan Negara kita mencapai kemerdekaan melalui perundingan dan tolak ansur dengan kerajaan British. Oleh itu perubahan politik di Negara ini adalah secara berperingkat-peringkat yakni bercorak evolusi. Implikasinya perubahan dasar ekonomi Negara juga berlaku  secara evolusi di mana perubahan-perubahan besar serta radikal tidak berlaku ketika mencapai kemerdekaan. Wujudnya kadarpolitical will yang begitu tinggi dalam rancangan Malaysia II dan Rancangan Malaysia III adalah disebabkan pergolakan yang berlaku pada tahun 1969 iaitu 13 Mei yang mengkehendaki penghapusan masalah asas masyarakat Malaysia iaitu kekurangan perpaduan antara kaum. Dasar ekonomi baru selalunya dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei. Tetapi sebenarnya, DEB itu memang telah pun difikirkan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei dan perancangan Malaysia II. Za’ba ada menghuraikan tentang kemunduran serta kemiskinan orang Melayu dalam konteks Ekonomi Tanah Melayu di dalam akhbar tempatan. Za’ba juga menganalisa dan memberi syor secara implikasi bagaimana hendak mengatasi masalah-masalah tersebut dan mengikut Ungku Aziz (1982) tentang keperluan untuk menyusun semula masyarakat dan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu. Selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri pada masa itu telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Mageran pada 14 Mei. Kemudian pada 16 Mei mesyuarat cabinet telah diadakan di mana Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik secara rasmi menjadi pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

No comments:

Post a Comment