expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 27 January 2015

Strategi Penyusunan Semula Masyarakat
Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi ini bertujuan untuk menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jika diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung , kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula di bandar-bandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi dan politik juga turut berbeza. Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usaha-usaha untuk mencapai integrasi nasional .Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan modal kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina .

Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing dapat dikurangkan. Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan modal. Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak asing. Matlamat ini masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia keenam tetapi tiada jangka masa tertentu ditetapkan untuk pencapaiannya. Berikut adalah jadual yang menunjukkan pemilikan modal saham dalam sektor syarikatdalam jangka masa 1971 - 1990.
Persoalan yang timbul adalah adakah corak yang ditunjukkan itu memungkinkan tercapainya sasaran? Beberapa ciri berikut boleh diteliti:

i Dalam tempoh 1971 - 1990, peratusan hak milik penduduk Malaysia telah meningkat daripada 38.3% pada tahun 1971 kepada 57.1% pada tahun 1980 dan 74.9 pada tahun 1990.
ii. Dalam tempoh yang peratus hak milik Bumiputera perseorangan dan agensi amanah telah meningkat daripada 4.3% pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 20.3% pada tahun 1990 .iii. Dalam tempoh yang sama juga hak milik rakyat Malaysia lain telah meningkat daripada 34.0%pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 54.6%pada tahun 1990.
iv. Dalam tempoh yang sama juga hak milik penduduk asing telah menurundaripada 61.7%pada tahun 1971 kepada 42.9% pada tahun 1980dan 25.1 pada tahun 1990.
v. Membandingkan nisbah 30:40:30 yang ingin dicapai , didapati hanya hak milik penduduk Malaysia bukan Bumiputera yang perlu diagih semula untuk meningkatkan peratusan hak milik Bumiputera.

Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besar hak milik Bumiputera datang dari sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di samping Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dilaksanakan oleh Permodalan nasional Berhad (PNB). Dalam pada itu Skim ASN telah berjaya memindahkan kekayaan Bumiputera yang disimpan secara amanah oleh kerajaan menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera. Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur Bumiputera iaitu kira-kira 43% daripada jumlah yang layak melabur. Dalam pada itu hak milik dan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kecil menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan . Contohnya dalam sektor perdagangan runcit bilangan pertubuhan milik Bumiputera telah meningkat dari 13% dalam tahun 1971 kepada 34.2% pada tahun 1981. Pertambahannya kira-kira sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971 - `81.28 Bagaimanapun jumlah pemilikan modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut masih lagi kecil. Daripada jumlah pelabur itu, 85% melabur sebanyak 500 unit atau kurang.

 Jadi matlamat DEB masih tidak tercapai dan ia memerlukan masa dan usaha yang lebih giat ke arah itu.Dalam usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera amatlah perlu demi mengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk menggalakkan penyertaan kaum Melayu atau Bumiputera dalam sektor perkilangan dijangka akan meningkatkan bilangan pemodal Melayu dan seterusnya membantu mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang dihasilkan oleh mereka. Dalam proses ini dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan menikmati menafaat daripda pertumbuhan berteraskan pengayaan golongan pemodal Melayu atau Bumiputera. Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan . Ini kerana dalam pasaran bebas terutama dalam kontek masyarakat Melayu sehingga kini, hanya segelintir sahaja golongan pemodal Melayu yang muncul. Maka selagi bilangan pemodal tidak bertambah, selagi itulah negara menghadapi masalah untuk mewujudkan kesan lelehan.

Tambahan pula satu syarat penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi mestilah tinggi. Dengan demikian masalah agihan pendapatan di kalangan Bumiputera masih di tahap mendukacitakan . Malah ada pendapat yang mengatakan walaupun faedah yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak pelancaran DEB meningkat , namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada kumpulan yang mengecap nikmat lebih daripada yang lain. Andainya corak ini berterusan, maka jurang perbezaan di kalangan kaum Melayu akan bertambah . Jadi arus perubahan ini akan meluaskan lagi masalah ketaksamaan di kalangan kaum Melayu. KesimpulanPeristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan sempadan yang harus diteliti dan dipelihara.

No comments:

Post a Comment